Thursday, September 17, 2009

emo

Malam tadi aku emo sangat.aku terima call dari pakcik aku dia tanya aku bila nak balik coz dia nak jumpa aku sebelum dia balik kampung.dia nak kenalkan aku dengan anak buah makcik aku dekat aku.kenapa lah dia sibuk nak kenal kan dekat aku???sampaikan dia cakap kalau lah aku jadi dengan anak buah makcik aku dia akan sponsor semua majlis aku.dashyat kan.kenapa la benda ini nak di jadi kan isu dekat aku.kenapa lah sibuk sangat nak aku kahwin.aku benci isu ini di perbincangkan.kenapa nak ungkit kisah aku.kenapa nak guna ayat kumbang bukan seekor.kenapa nak aku teringatkan kisah dah lepas.kenapa nak buat aku teringatkan kembali semua kisah dulu.kenapa nak buat aku menangis lagi.aku tak sanggup nak sakit lagi.biar lah kehidupan aku begini.kalau ada jodoh tak kan kemana.tapi jangan lah kata ramai orang sedang merisik aku.ada aku kena kisah semua ini.mak dan bapa aku pun tak ada nak tanya hal jodoh aku.mak aku pun tak ada nak ungkit dengan siapa aku berkawan.ingat senang ke nak lupa kan benda yang dah lepas."untuk jatuh cinta memang lah mudah tapi untuk melupakan seseorang bukan senang mungkin mengambil masa 1 tahun atau lebih tak pun seumur hidup.aku tahu lah pakcik aku nak aku hapi tapi aku memang tak suka isu ini di bangkit kan.lagi pun aku memang sudah cuba untuk melupakan dia tapi still tak boleh nak lupa kan.kan bagus jika dunia ini boleh reverse kembali, aku kalau boleh tak nak kenal dengan lelaki ini.apa-apa pun jika kita mencintai seseorang tak semestinya kita akan dapat memiliki dia.apa yang patut kita buat kita doa dia bahagia.itu sahaja.kita kena redha apa yang berlaku.kita kena ingat allah buat kita jumpa dia mungkin allah nak buat kita ada cerita dalam hidup kita.itu sahaja.apa-apa pun thing about positif.apa-apa pun aku kena terus kan hidup.tapi kenapa semua orang sibuk tentang hal aku.pelik sangat ke jika umur 25tahun belum kawin lagi.banyak lagi masa lagi.

p/s; menulis dalam keadaan emo

No comments: