Monday, September 14, 2009

pasport

BANGI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan Pasport Malaysia Antarabangsa alternatif dengan bayaran cuma RM100 untuk tempoh sah laku dua tahun mulai 1 Oktober ini mempunyai kualiti sama seperti pasport sedia ada.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, orang ramai perlu membuang tanggapan negatif bahawa kualiti pasport tersebut akan turun selaras dengan penurunan harga.

"Pasport itu tetap sama dengan yang lama, itu masalah orang kita selalu berfikir negatif. Sebenarnya langkah ini tidak membebankan kerajaan dan kita beri jaminan tidak akan kurangkan kualiti pasport ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pakaian seragam baru untuk pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan sesi penerangan khas di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia di sini semalam.

2 comments:

Basuh Baju said...

jom buat passport byk2..nnti bila harga dah naik, kita jual mahal..haha

fyzi said...

basuh baju.
hahahahaha.mana blh ler seorg satu pasport jer ler