Benarkah akan berlaku 27 ogos 2010?
Tersebar dengan luas melalui email..mengatakan akan berlaku dua Bulan di langit pada malam 27 Ogos 2010 bersamaan dengan 18 Ramadhan 1431H (di Malaysia ada negara baru malam ke 17 Ramadhan). Mengikut email tersebut seluruh dunia menantikan.. planet Marikh paling cerah di bulan Ogos. Akan kelihatan seperti saiznya sebesar bulan purnama pada12:30am, 27 Ogos 2010. Ia akan kelihatan seperti dua bulan.. Lihat email yang disertakan.
Sebenarnya pada tarikh 27 Ogos 2010, Bulan pada 12:30am berada di langit timur, manakala planet Marikh telah terbenam di ufuk barat pada 9.58pm. Ini bermakna tidak mungkin Bulan dan Marikh pada masa tersebut berada berdekatan antara satu sama lain. Tidak mungkin juga saiz Marikh hampir sama dengan Bulan sekali pun ia paling hampir dengan Bumi.
Apa yang sebenarnya berlaku pada 27 Ogos 2010 ialah planet Musytari dan Bulan akan berada berhampiran dengan sudut pisahan 9 darjah diantara keduanya. Bulan berada di sebelah atas Musytari. Planet Musytari kelihatan seperti satu bintang yang terang pada malam itu tetapi saiznya tidaklah hampir sama seperti Bulan purnama.
Two moons on 27th August 2010

27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.
Renung2kanlah….
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"
(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"
(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"
(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"
(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"
(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"
(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"
(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"
(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"
(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"
Adakah KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Jangan Lupa akan terbit 2 biji bulan pun ari Jumaat juga ..
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..
22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
No comments:
Post a Comment