Friday, October 1, 2010

Boss

Ini hasil masa aku bosan

tapi bila bos aku datang tempat aku ini lah plak jadi hasil yer.jahat kan dia.

Aku nak cerita sedikit tentang bos aku ini.Dia umu 29 tahun tapi perangai sama jer dengan aku.Dia ada anak yang comei dan isteri yang cantik macam model.Bos aku ini sporting giler.Dia anggap aku adik dia kerana aku selalu buat lawak bodoh dengan dia dan dia pun sama satu kepala dengan aku. Yang best yer dia selalu kena kan aku di facebook .Dahsyat kan aku dengan bos main facebook tapi bukan kami sahaja orang lain pun sama sampai dalam facebook boleh gaduh dan tak larat nak ketawa lagi.Tapi memang dah jadi lumrah di dalam ofice aku ini, kami bagaikan 1 keluarga yang besar.Ada acik, kakak,abang dan juga adik.Time serius kami serius time main kami huru hara kan ofice.

Yang paling best dekat ofice aku ini time pergi outstation masa itu jangan lah sebut perkataan nak diet mahu kena suku kepala nanti.Time ada sesuatu majlis kami semua akan bergotong royong tak kira pangkat kami buat kerja.
Dah 3 tahun aku kerja di sini banyak kenangan manis dan pahit disini.Tapi sekarang ofice kami dalam keadaan urusan peralihan kakitangan.Kemungkinan banyak perubahan yang akan belaku dari semasa ke semasa ini semua politik pihak atasan.Disini juga aku tau bahawa dalam sesebuah syarikat mesti ada mainan politik.Kemungkinan raya tahun ini kami terakhir di dalam ofice ini dan kami akan berterbangan di merata tempat (masih dalam proses lagi).

No comments: