Thursday, October 29, 2009

maksud iso

1. Apa itu ISO?
ISO merupakan piawai antarabangsa yang dikeluarkan oleh Organization for International Standards (Geneva) untuk kegunaan dan panduan pelbagai organisasi. Maklumat lanjut mengenai ISO dan organisasinya boleh dicapai melalui tapak web:
http://www.iso.ch/iso/en/ISOOnline.frontpage.

2. Kenapa piawai ISO diperlukan?
Piawai ISO diperlukan untuk menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan supaya lebih cekap, berkesan, selamat, bersih dan berkualiti.

3. Apakah siri piawai ISO?
Pada asasnya, siri piawai ISO terdiri daripada ISO 9000 dan ISO 14000.
ISO 9000:2000 merujuk kepada garis panduan am, ISO 9001:2000 sistem pengurusan kualiti, ISO 9004:2000 penambahbaikan pengurusan kualiti dan ISO 14000 pula merujuk kepada sistem pengurusan kualiti alam sekitar.

4. Apakah keperluan dalam piawai ISO 9001:2000?
Piawai ISO 9001:2000 mendefinasikan dengan jelas 10 keperluan berikut:
a-Penambahbaikkan berterusan
b-Penekanan terhadap peranan pengurusan atasan
c-Pertimbangan kepada keperluan perundangan dan peraturan
d-Pembentukan objektif yang boleh diukur pada fungsi dan label yang berkaitan
e-Pemantauan maklumat kepuasan pengguna sebagai pengukur prestasi system
f-Perhatian yang lebih terhadap ketersediaan sumber
g-Penentuan keberkesanan latihan
h-Pengukuran terhadap sistem, proses dan keluaran
i-Analisis data terhadap prestasi sistem pengurusan kualiti
j-Kawalan terhadap ‘outsourced processes’

5. Siapakah yang mengeluarkan sijil ISO?
Antara badan yang mengeluarkan sijil ISO ialah SIRIM QAS International Berhad, MAMPU dan lain-lain syarikat yang diiktiraf.

6. Adakah tanpa sijil ISO, sesebuah organisasi tidak berkualiti?
Sesebuah organisasi tidak semestinya tidak berkualiti atau kurang kualiti jika ia tidak mempunyai sijil ISO. Namun begitu, sistem pengurusan kualiti ISO yang dijadikan amalan dapat menjamin dan mempertahankan kualiti sesebuah organisasi secara berterusan terutamanya daripada aspek fokus kepada pelanggan, penambahbaikan berterusan dan tindakan pencegahan.

7. Adakah sijil ISO mempunyai tempoh luput?
Sijil ISO boleh ditarik balik jika sistem pengurusan kualiti tidak diamal dan djadikan budaya kerja secara berterusan. Untuk tujuan ini, badan pengiktirafan akan membuat pemantauan dan pemeriksaan pada setiap tahun.

hari nie orang iso datang.................

No comments: